Penghantaran
Kami hantar ke seluruh Malaysia melalui kurier. Kos penghantaran ikut cara bayar:
- Memuatkan kadar…
Bila barang dihantar?
Pesanan yang dibayar (atau pesanan COD yang disahkan) akan dibungkus dan diserahkan kepada kurier dalam 1–3 hari bekerja. Selepas itu, anggaran sampai ialah 2–4 hari bekerja untuk Semenanjung dan 4–7 hari bekerja untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
Bila barang dihantar, no. tracking akan muncul di halaman pesanan (dan dihantar ke emel anda jika diberi).
Bayar tunai semasa penghantaran (COD)
Untuk pesanan COD, bayar jumlah penuh (harga pakej + kos penghantaran COD) secara tunai kepada kurier semasa barang sampai. Kami mungkin menghubungi anda melalui WhatsApp untuk mengesahkan alamat sebelum menghantar. Sila terima bungkusan COD yang anda pesan; pesanan yang ditolak berulang kali mungkin tidak dibenarkan menggunakan COD lagi.
Alamat salah atau barang tak sampai
Semak alamat sebelum bayar. Jika perlu tukar alamat, hubungi kami secepat mungkin sebelum pesanan dihantar. Jika status kurier tidak bergerak lebih 7 hari, hubungi kami dan kami akan semak dengan kurier.
Pemulangan & bayaran balik
Kami nak setiap pesanan sampai dalam keadaan baik. Jika ada masalah, hubungi kami dalam 7 hari selepas barang diterima.
Kami terima pemulangan jika
- Barang rosak semasa penghantaran, bocor atau pecah.
- Barang yang diterima bukan seperti yang dipesan, atau ada yang kurang.
Kami tidak terima pemulangan untuk
- Tukar fikiran selepas barang dihantar.
Cara membuat tuntutan
Hantar no. pesanan, gambar atau video unboxing yang menunjukkan masalah, dan penerangan ringkas. Selepas disahkan, kami akan hantar barang ganti atau buat bayaran balik.
Bayaran balik
Bayaran balik dibuat ke akaun bank pembeli atau melalui kaedah bayaran asal dalam 7–14 hari bekerja selepas tuntutan diluluskan. Kos penghantaran dipulangkan jika kesilapan berpunca daripada kami.
Pembatalan
Pesanan yang sudah dibayar tetapi belum dihantar boleh dibatalkan dengan menghubungi kami. Pesanan yang belum dibayar akan dibatalkan secara automatik oleh kami jika tidak dibayar.
Notis privasi
Notis ini menerangkan cara mengendalikan data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Data yang kami kumpul
Nama, no. telefon, emel, alamat penghantaran, nota pesanan, dan butiran pesanan. Untuk bayaran online, butiran kad atau akaun bank anda dimasukkan terus di halaman CHIP dan tidak disimpan oleh kami.
Kenapa kami gunakannya
- Memproses pembayaran, mengesahkan pesanan COD dan menghantar pesanan.
- Menghantar resit, no. tracking dan maklumat berkaitan pesanan.
- Membalas pertanyaan dan tuntutan anda.
Siapa yang menerima data anda
CHIP (pemproses pembayaran), syarikat kurier (untuk penghantaran) dan penyedia emel kami, hanya setakat yang diperlukan. Kami tidak menjual data anda.
Data dalam peranti anda
Alamat yang pernah diisi dan senarai pesanan disimpan dalam browser peranti anda sahaja dan tidak dihantar kepada kami, kecuali alamat yang anda hantar semasa membuat pesanan.
Hak anda
Anda boleh minta salinan, pembetulan atau pemadaman data peribadi anda dengan menghubungi kami di .
Terma & syarat
- Kedai ini dikendalikan oleh ().
- Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM). Harga, stok dan promosi boleh berubah tanpa notis. Harga yang terpakai ialah harga semasa pesanan dibuat.
- Pesanan bayar online disahkan selepas bayaran berjaya diterima melalui CHIP. Pesanan COD disahkan selepas diterima oleh kami dan dibayar tunai semasa penghantaran.
- Jika barang kehabisan stok selepas anda bayar, kami akan hubungi anda untuk ganti barang atau buat bayaran balik penuh.
- Kod kupon tertakluk pada syarat setiap kupon, satu kod bagi setiap pesanan, dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
Hubungi kami
()
Emel: